Saturday 7 January 2012

Mesyuarat Panitia Matematik Kali-1 2012

Mesyuarat Panitia Matematik Kali-1 2012 telah diadakan pada 6 Januari 2012 , Jumaat bertempat di Sanggar Ilmu pada jam 3.00 petang dan tamat pada jam 5.20 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia Matematik, En Mohd Yamin bin Yusof, dihadiri oleh guru-guru Matematik. Antara agenda yang dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti jabatan matematik 2012 serta agihan tugasan bagi tahun ini. Taklimat KV bagi pengajaran Matematik juga telah diadakan pada mesyuarat tersebut yang telah disampaikan oleh En Azzri bin Kimun.


Selamat Datang Ke Blog Jabatan Matematik Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja

Pertama sekali ingin saya ucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung blog Jabatan Matematik Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Diharapkan dengan adanya blog ini para guru Matematik dapat berkongsi maklumat, bahan dan sebagainya untuk dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar Kolej ini. Pelajar-pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja boleh mendapatkan Nota, Latihan, Soalan-soalan Peperiksaan, Tugasan dan sebagainya di dalam blog ini.