Saturday 7 January 2012

Mesyuarat Panitia Matematik Kali-1 2012

Mesyuarat Panitia Matematik Kali-1 2012 telah diadakan pada 6 Januari 2012 , Jumaat bertempat di Sanggar Ilmu pada jam 3.00 petang dan tamat pada jam 5.20 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Panitia Matematik, En Mohd Yamin bin Yusof, dihadiri oleh guru-guru Matematik. Antara agenda yang dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti jabatan matematik 2012 serta agihan tugasan bagi tahun ini. Taklimat KV bagi pengajaran Matematik juga telah diadakan pada mesyuarat tersebut yang telah disampaikan oleh En Azzri bin Kimun.


No comments:

Post a Comment